Wednesday, 28 November 2012

IPTIM debate

Okayy lah aku nak story sikit cerita aku debate. Haritu maybe ada yang ada dengar college kita join IPTIM. IPTIM tu menatang apa ? HAHA okayy IPTIM tu Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia. Okay baru baru ni college kita ada hantar team untuk join carnvival ni. Carnival ni ada banyak pertandingan. Nasyid, debate, pidato, hafazan, tilawah and banyak lagi lah. Aku ? Aku macam biasa lah. Debate lah apa lagi en. Hari2 training sampai p kerja. And aku sangat2 nak cakap thanks kat Sayang, Acap, Syira, Kak Mal yang selalu tunggu aku training. Love much ehee <3 Yela kadang2 training sampai maghrib. Penat wehh hari2 training. Tapi berbaloi lah ! Sebab aku improve banyak pasal debate ni. Dengan dibantu coach kami Sir Ayie. Dia best. And sangat strict k ! Kadang2 kena marah sampai senyap semua orang haha. Bagi aku tu pengalaman yang baik. Banyak ilmu boleh dapat. 

Okayy lah sampai 11 Hb malam, kitorang start gerak dari KL. Ohh lupa nak btau. Pertandingan tu kat Kelantan. Kat Kolej Islam Antarabangsa, Kelantan. Sampai sana around pukul 6 entah lah aku pun tak pasti sebab aku tengah tidoq haha. Pukul 9 camtu kami dibenarkan p shopping. Aku macam biasa lah. Lone ranger sebab takdak Syifa' ehee. Setia kan ? HAHA. Okayy dapat lah jugak beli something utk ibu and mak mentua and untuk kawan2. Around 12 terus kami gerak p KIAS untuk check in hostel depa. Masuk2 ja tempat tu Ya Allah ! Haihhh kecewa aku jadi tetamu. Sangat lah teruk haihhh takmau cerita lebih. Biar yang p jela yang tau :) Hari 1st rehat jela. Sebab esok dah nak start lawan kan. Paling best dapat nyanyi dengan geng2 nasyid. Semua best gila ! Frust jugak actually sebab aku pun minat nak masuk nasyid huhu. Pagi tu aku sangat bersemangat sebab awal2 dah dapat support dari ramai orang especially baby jiggly ehee. Syifa' bagi macam2 support kat aku and sangat comel bila dia courage aku untuk buat yang terbaik. Mesti dia akan cakap 'buat untuk baby kk' ehee. Aku pun semangat gila ah pagi tu even penganjur dah tukar syarat pertandingan. Tetiba guna sistem 'Power Match'. Arghh memang seharian lah berdebat kan tapi takpa aku suka hehe. 1st round dapat usul ' Pilihan raya kampus penentu kecenderungan politik Generasi Muda' IIC Pembangkang. Cantik. Aku memang semangat gila ah nak menang. And Alhamdulillah menang aku dapat pendebat terbaik pusingan tu. Sampai lah semi final jumpa KUIS. Memang power gila budak KUIS ni especially yang 2nd and 3rd depa. Penat gila nak lawan and last2 kalah jugak. Frust jugak ah aku bila kalah tu. Jenuh gak Syifa' ok pujuk aku tapi bagi ak kalah is kalah. Takdak ayat lain dah. Tapi fikir2 balik, tu peringkat kebangsaan kk. And sangat susah. Kira okayy lah smapai semi final and dapat pengalaman. Result team IIC agak merosot lah tapi apa boleh buat semua power2 tahun ni. Nasyid hafazan and pidato english ja yang dapat tempat. Congrats to them especially nasyid yang dapat no 1. Lepas dah penat terus balik. Dalam perjalanan balik tu kena tahan pulak dengan JPJ sebab driver college ni ada masalah. Nasib lah depa lepaskan balik. So sampai college dalam around 3 pagi camtu. So, bagi aku yang penting pengalaman. Kerana pengalaman mengajar kita menjadi manusia berguna :)

 International Islamic College ( IIC ) 

No comments:

Post a Comment