Thursday, 26 July 2012

Beginilah dunianya :)

Hey all. Hari ni memang gila. Aku dengan Acap tak terjaga untuk sahur. So, berselerak lah bangun lari tadi. Aku minum air dari heater terus sebab dah tak sempat nak cari cawan HAHA. Kawan kawan, doakan saya dan Acap dapat bertahan hari ni :) Okayy last post aku dah janji nak cerita kat hampa story aku masa kerja. Hampa tau kan aku kerja kat mana ? Okayy2 aku story. Aku buat part time kat The Chicken Rice Shop, KL Festival City. Bila start kerja balik kat sini, teringat aku masa mula2 aku masuk kerja kat TCRS. Time tu aku form 5. 14/7 kalau tak silap aku. Now aku dah 19 tahun and aku still setia nak kerja kat TCRS HAHA :) So biasanya aku akan masuk kerja around 630 then balik pukul 11. Okayy lah actually kat post harini aku nak cerita sikit apa yang jadi sepanjang aku bekerja and aku fokuskan untuk bulan Ramadhan ni. Haihhh biasalah, kalau namanya manusia memang tak pernah cukup. Biasanya, orang akan start buat reservation around 6 sampai 7 camtu. So sempat lah kami nak siapkan order depa dalam masam setengah jam tu. Tapi masalahnya, customer harini kurang prihatin terhadap perkara2 camni. Tak pernah pulak depa terfikir yang kami pekerja pekerja kat TCRS ni ada jugak yang islam. 


Antara perkara yang biasanya dilakukan : 
1) Dah dekat pukul 715 or 720 baru nak order. Time tu kami tengah release order and dalam masa yang sama nak kena layan depa yang baru nak order pulak. 
2) Bila dah masuk waktu berbuka, ha baru nak gelabah sebab tak dapat makanan lagi. Pastu mula lah nak usha2 staff staff kami macam nak telan ja. 
3) Tengah orang dok kalut kalut serve makanan, time tula nak tambah order. Tadi masa order takmau fikir nak order siap siap.
4) Ha yang ni memang sangat sakit hati. Tengah aku dok kalut2 siapkan air untuk customer lain yang nak berbuka, boleh pulak seorang customer islam ni mai kat tempat air pastu cakap camni 'adik, buatkan air untuk anak saya dulu. Dia nak makan dah'. Dalam hati aku terus terdetik. Mana lebih penting ? Anak hang yang tak puasa tu atau orang yang lagi 5 6 minit lagi nak bukak puasa ? Hang dah besar so fikir sendiri :)

5) Dah masuk waktu berbuka, time2 tula ada customer bukan islam nak masuk makan. Nampak tak betapa hilangnya semangat KeMalayasia an tu ? Come on, kan orang islam yang tengah bekerja ni pun nak bukak puasa. Satgi orang dah habis bukak puasa, hang telan lah kepala ayam tu semua -.-


Aku rasa cukup kot aku bukak pemikiran hampa selaku customer. Cuba fikirkan kalau hampa di tempat pekerja2 macam kami ? Rasanya tak mustahil hampa baling ja cawan kat kepala customer tu. Sepanjang aku kerja kat TCRS ni, apa yang aku boleh bagitau sebahagian customer Malaysia sangat sellfish.Sepanjang aku kerja ni jugak, seribu satu perangai manusia aku dah kenal. Rasanya sampai sini saja kot cerita aku. Kalau ada masa aku nak cerita pasal team choir aku pulak. Aku nak cari dulu video terbaik untuk hampa. Nanti kita layan kk ? 

Tempat kerja aku hee ^^

Ni ayam promotion untuk raya kali ni. Err tak berapa sedap -.-


Pesanan Admin : Cuba tempatkan diri kita dalam diri ramai jenis orang dan selepas itu anda akan rasa dunia ini penuh dengan rasa pentingkan diri :)

No comments:

Post a Comment