Thursday, 12 April 2012

MUSUH !

Yeah, mungkin dalam kita tak sedar, kita sendiri ada musuh. Aku pasti sebagai manusia biasa, kita takkan boleh lari dari mempunyai musuh. Musuh aku definisikan sebagai mereka yang mempunyai perbezaan pendapat, idea, pendirian, abiliti dan juga lain2. Aku akui, aku sendiri pon ada musuh. Sepanjang 19 tahun aku hidup, dah banyak musuh aku jumpa tapi Alhamdulillah, setakat ni aku belum pernah bunuh orang hee :) Kadang2 aku fikir jugak, siapa musuh sebenar kita ? Sesama manusia yang cuma hanya berbeza pendirian dan juga pendapat ? Sesama manusia yang cuma hanya berbeza parti politik ? Sesama manusia yang cuma hanya berbeza bangsa dan agama ? Jawapan aku mudah. Musuh sebenar adalah NAFSU kita sendiri. Sedar tak ? Dalam kita memusuhi seseorang, sebenarnya ia dihasut dan ditambah dengan hawa nafsu kita untuk terus memusuhi manusia tu. Kalau boleh nak ja kita p sepak terajang muka orang yang kita musuh tu, nak ja kita p tikam mati terus. Tu apa ? Bukan nafsu ? Come on lahh, what for kita memusuhi seseorang manusia tu hanya sebab dia berbeza pendapat dengan kita. 



 Tapi geng, hampa semua kena jugak ada MUSUH ! Eh apa aku ni sat jangan ada musuh, sat suruh ada musuh. HAHA wehh dengar dulu. Ini prnsip aku yang aku rasa hampa pon patut ikot. Aku memusuhi orang yang menghina, mencaci AGAMA aku. Ini sebenarnya musuh yang sebenar benar musuh yang perlu kita perangi. Masa aku tengah tulis blog ni, aku fikir jugak. Banyak tak musuh aku sekarang ni ha ? Alahaii kalau ada, harap sangat aku dapat bersemuka dengan dia and tanya camni ' wehh, awat hang nak jadi musuh aku ? rugi hang tau tak ? aku bukan boleh bagi 3 juta kat hang pon kalau hang jadi musuh aku HAHA' Aku rasa sampai sini ja kot aku beletiaq kat sini. Nanti kalau ada masa, aku akan curah lagi idea kritikal aku kat sini. Assalamualaikum :)

Madah admin :  Dalam hidup ni, kita tak mampu nak penuhi kehendak and keperluan semua orang dan disebabkan itu makin ramai manusia yang tidak dipenuhi kehendak dan keperluan itu mula mencipta nama untuk menjadi MUSUH anda !

No comments:

Post a Comment