Sunday, 18 March 2012

Masalah !

Baru baru nie aku ada masalah. Masalah yang melibatkan diri aku and seseorang. Aku taknak huraikan tentang masalah tu. Tapi aku nak cerita kat hampa semua macam mana aku hadapi and selesaikan masalah tu. Okay, kalau hampa baca betol2, aku ada masalah dengan SESEORANG. Means dia tu MANUSIA. Nie yang jadi masalahnya. Allah cipta manusia sangat unik. Allah lengkapkan dengan NAFSU, PERASAAN and AKAL dan perkara nie yang membuatkan aku lebih rumit untuk selesaikan masalah. Aku tafsirkan cara penyelesaian masalah tu dengan beberapa langkah. 

1 GADOH

Manusia sekarang memilih pergaduhan sebagai atlernatif utama menyelesaikan masalah sebab cara nie nampak lebih macho and style. Dalam arus pemodenan negara sekarang, wajarkan pergaduhan masih lagi dijadikan sebagai cara penyelesaian masalah ? Kita bukan kat zaman Hang Tuah wehh. We are in 2012 era. Kononnya dengan cara nie hang nampak lebih macho. Baiklah, renungkan idea aku nie. Binatang akan bersaing untunk dapatkan habitat, makanan dan juga pasangan, Itu cara BINATANG selesaikan masalah. Kalau kita bergadoh, apa bezanya kita dengan BINATANG ? Renungkan :)


2 Mandrem
Baru2 nie aku ada layan cerita KHURAFAT dengan Acap. Aku dengan Acap memang menyumpah nyumpah lah sebab cerita tu banyak scene2 terkejut. Cerita tu memberi aku satu lagi aspek pemikiran berkenaan dengan penyelesaian masalah. Menggunakan ilmu Syaitan. Kalau hampa masih ingat Nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya yang pertama sekali iaitu jangan menyukutukan Alah. Manusia sekarang mengambil jalan singkat sebagai alternatif penyelesaian masalah. Sedarkah anda berurusan dengan ilmu SYAITAN. Makhluk Allah yang dah berjanji akan menyesatkan anak anak adam sehingga hari kiamat ? Wallahualam.


3 Diplomasi
Geng2, hampa tau tak maksud DIPLOMASI nie ? Aku pon taktau sangat tapi tafsiran aku sendiri ialah perbincangan. Allah memberi kita akal and fikiran. Berbeza gila dengan BINTANANG. Sebab tu depa GADOH. Allah bagi kita akal untuk berfikir bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Berjumpa secara depan depan and berbincang di manakah kesilapan and salah faham yang berlaku. Bukan p rembas kepala orang tu dengan kayu, tarik rambut macam orang gila. Tak reti malu ka wehh ? 
Fikirkan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-HAj dapatkan kemerdekaan dengan cara DIPLOMASI. Ada dia p tibai kepala orang BRITISH pastu cakap 'weh bagi ar tanah melayu kat kami balik. tu kami punya. awat hang dok jajah tanah kami. kami nak merdeka' ADA ?  Tak kan ? Disebaban diplomasi yang dilakukan oleh Tunku, kita boleh hidup dan mersai nikmat kemerdekaan tu sampai sekarang :)


Madah admin : GUNAKAN HAK BERFIKIR SEBELOM HAK UNTUK BERSUARA AND BERTINDAK 

No comments:

Post a Comment